Friday, May 29, 2009

RaHSiA WaRnA AnDA...


Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Ha...kali ini selidik personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.



23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah




Merah

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yangcomel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamujuga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satubadan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajakberbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.


Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamuceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu jugabersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.Namunkamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selainitu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan,kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan,kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuhcinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai!Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!


Teal (warna kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalumenitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamusering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamuyang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilihpasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yangsebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurutperintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan dirikamu punya ramai teman.


Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apajuga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahutentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannyadan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.


Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diridengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidakbegitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lainkecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benarbenar sesuai untuk dirinya!


Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dansilapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria sertatak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.Dalam soalpercintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapisekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bilasekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnyadalam tempoh yang lama.


Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayaioleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebihsuka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembangsemangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!Kamu jugamampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan.Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa sajaberminta hal hal yang romantik bersama si dia.Alahai!


Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yangbijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga sukamelakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpapedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadimasalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buruuntuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!


Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atastiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buatberanilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punyamatlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dansanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamusebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayaiorang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakandia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!


Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapatmendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai...Walaupunbegitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruhdengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan pentingmempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudahtentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitujuga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yangpunya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.


Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapijangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu,kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil punkamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yangmembuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorangkekasih yang kuat cemburu yek?


Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamuturut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapunkamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamuyang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa,kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehandiri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get'untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkalidilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akanmenemui cinta sejati juga suatu hari nanti.


Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukanapa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamuni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahanmendadak dalamhidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubaholeh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyakkesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!


Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dansuka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu jugabijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hatidan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabibuta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!


Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagaiaktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman,kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain Pun begitu,kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diridengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamusedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalahdengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dancuba berusaha untuk mengambil hati si dia.Mungkin 'rezeki' kamu untukmemilikinya nanti?


Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarikorangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai danmenjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil olehsesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa jugaperasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu bolehbersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hatiorang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.


Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalupemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang haruskamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.Selain itu,kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalambidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagaikerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapiseringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu punhendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulushati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamuharus bersikap lebih serius dan ikhlas.


Biru laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segalagalanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu jugaseorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai.Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhatihati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamunak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu jugakamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya,ego sangat nak maafkanorang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!


Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untukmendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggiterhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya.Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukarnak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegangdek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tandasayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!


Biru kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebabitu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaantapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman.Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepadaorang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dansikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membutatuli, kelak memakan diri!



note: mende ni i copy paste aje...mayb ade yg ayat besmbg2..so phm2 sendiri laa yer..mls nk btol kn..ehhehe



4 comments:

qishie said...

aku oren!
hoho

Shahrul Tanaka said...

syirik2 :P

aRrEs™ said...

aku biru!huhuh..dhla prediction cm tepat giler jer

ieNn ZaZa said...

qishie
berani buat beranilah tanggung.huhu


saruk
ni berdasarkn research laa..ish2..ko ni


arres
tgktkn keyakinn diri yer..huhu